SURAH ❤


Tuesday 3 December 2013

Sabar #Realize


Assalamualaikum!
Sabar. Tajuk entri kali ini ialah SABAR. Nak tahu kenapa?. Macam ni sebenarnya, okay bila orang suruh bersabar dengan ujian, orang akan cakap : "Kau tak rasa apa yang aku rasa."

Okay sekarang nak tanyalah kan. Manusia mana yang tak diuji dengan Tuhan ?. Manusia mana? Kita kena faham saat orang suruh bersabar, saat itu kita kena cari kekuatan. Bukan sibuk beri alasan orang tak rasa apa yang kita rasa.

Teringat apabila someone ni bagitahu saya, "ingat senang ke nak jalani hidup susah?". Dia bagitahu saya yang mak dengan abah dia dulu susah. Abah dia bawak lori dan mak abah dia meniaga dekat pasar malam. Ada satu hari dia cakap sampai orang berak dekat tempat mereka berniaga. ( Betul atau tidak wallahu'alam saya diberitahu ini sahaja). Bayangkan hanya bekerja itu sahaja seorang ayah untuk menanggung 8 orang ahli keluarganya?.

Alhamdulillah, sekarang keadaan mereka senang dan insyaAllah baik2 sahaja. Setiap kali ada event dekat Asrama Yayasan Selangor Klang tu mesti ada je muka abah dia. Haha. Okay sebenarnya panjang lagi sikit apa yang someone ni bagitahu. Tapi ingat tak ingat lah, nak check chat history malas. Berdasarkan cerita yang dia cerita, agak kagum jugak sebab mak abah dia dapat hadapi ujian tu, bak pepatah melayu "bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian". Maka bersabarlah wahai hati dan janganlah mengeluh dengan ujian di dunia ni, kelak insyaAllah kita akan rasa nikmatnya. #NoteToMyself.

Allah berfirman "Mohonlah pertolongan dariku dengan sabar dan solat". (Kalau ada yang salah harap dibetulkan). Kalau kita berdoa tapi tak sabar dengan cakap macam ni "bilalah Allah nak perkenankan doa aku". Macam mana Allah nak kasi. Takkan bila nak minta pertolongan baru nak solat ? #NoteToMyself.

Ujian yang diberikan setiap orang daripada kita tak sama. Dia tahu kemampuan kita dan Dia tak akan beri ujian itu kalau kita tak mampu menghadapinya. Kita ada tuhan yang sama, iaitu Allah SWT (for muslim) yang mampu memberi kita kekuatan. Move on ! Publish !

Xoxo,
AtikahSubari.



2 comments:

Aqilah Azmi said...

sabar :3
thanks milo girl. Eh? Hehehehhehe :3
Thank u so much x

Unknown said...

Haha, milo girl? Pun boleh. Btw thanks for what?. Wondering~